[VIDEO] Tersipu Malu Nak Cium Anak, Gelagat Ibu Fikry Ibrahim Cuit Hati Netizen – ‘Untung Siapa Jadi Isteri’
![](https://groovyjamz.com/wp-content/uploads/2023/02/Fikry-Ibrahim-dan-Ibu.webp)
[VIDEO] Tersipu Malu Nak Cium Anak, Gelagat Ibu Fikry Ibrahim Cuit Hati Netizen – ‘Untung Siapa Jadi Isteri’
Pelakon Fikry Ibrahim menerima pujian daripada warganet dek kerana kemesraan yang ditunjukkan di laman Instagramnya (IG) bersama ibu tercinta, Bibi Zaleha.
Tersipu malu cium anak
Gelagat ibu kepada pelakon berusia 28 tahun itu tidak lagi asing apabila sering kali dilihat di laman Instagramnya.
Menerusi video yang dimuat naik, Fikry kelihatan meminta ibunya untuk mengucup pipinya. Namun, ibu kepada pelakon ‘Kerana Dia Suka’ itu dilihat tersipu malu dan mencetus rasa terhibur di kalangan netizen.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang akui merindui arwah ibu mereka apabila melihat keakraban yang sering ditunjukkan Fikry di media sosialnya.
@afikryaibrahim DIJEMPUT KE MAJLIS AGAMA JEPUN
Elok jadi suami
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuat naiknya itu. Terdapat juga netizen yang sempat memuji sikap Fikry yang dianggap bakal menjadi suami yang baik kepada isterinya kelak.